Saturday, December 17, 2011

Waktu-waktu dianjurkan berdoa..

Assalamualaikum...

Waktu-waktu dianjurkan berdoa..

Berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri. Antaranya:

1- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.

2- Tiap-tiap kali selepas solat fardu lima waktu.

3- Antara solat Zuhur dan Asar dan Maghrib.

4- Di antara azan dan iqamat dan selepasnya.

5- KETIKA BANGUN TIDUR.

6- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.

7- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.

8- Di antara takbir-takbir solat hari raya.

9- Dalam khutbah Jumaat dan hari raya dan dalam khutbah nikah.

10- Ketika menziarahi Makam Rasulullah di Masjid Madinah.

11- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.

12- Ketika membaca qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.

13- Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.

14- Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah gelisah.

15- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama terpisah.

16- KETIKA HUJAN TURUN.

17- Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.

18- Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.

Rujukan: Ensiklopedia Solat.. (Sekadar satu perkongsian..)

Friday, November 25, 2011

Doa akhir tahun dan doa awal tahun...

Assalamualaikum...

Doa akhir tahun dan doa awal tahun...


Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar atau beberapa minit lagi sebelum masuk waktu maghrib pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun ke belakang. Berikut adalah doanya:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah!

Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun...


Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka..

p/s: Sekadar satu perkongsian..

Tuesday, November 15, 2011

Makruh ketika Wuduk...

Assalamualaikum..

Makruh ketika Wuduk...

1- Membazir air:
Berlebih-lebih menggunakan air hingga ke tahap membazir.

2- Mendahulukan bahagian kiri:
Mendahulukan yang kiri daripada yang kanan ketika membasuh tangan dan kaki.

3- Mengelap air wuduk:
Mengelap air wuduk yang melekat dengan tuala atau kain tanpa ada sebarang keuzuran seperti sangat sejuk atau panas yang menyakitkan sekiranya air masih ada pada anggota.

4- Memukul muka:
Memukul muka dengan air.

5- Melebihi tiga basuhan:
Membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali basuhan.

6- Meminta orang lain ambilkan wuduk:
Meminta orang lain membasuh anggota wuduknya tanpa sebarang keuzuran kerana ia adalah sikap bongkak dan takabbur.

7- Berkumur secara berlebihan:
Berlebih-lebih ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa, kerana dibimbangkan air itu akan masuk ke dalam halkum dan menyebabkan batalnya puasa.

p/s: Sumber dari buku Ensiklopedia Solat...

Wednesday, October 19, 2011

Peratus keuntungan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut Syarak..

Assalamualaikum...

Peratus keuntungan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut Syarak..

Entry ni saya copy paste sepenuhnya.. Saya ada bagi backlink kat bawah sekali.. Kenapa saya copy dan paste kat sini...? Kerana memudahkan saya untuk buat rujukan kerana saya juga berminat untuk membuat perniagan secara kecil-kecilan.. Semoga tidak ada yang mempertikaikan tentang copy paste ini ya... :-)

Soalan:

Berapa peratus dari harga belian yang boleh kita ambil untung setelah kita menjual barang? Secara tunai berapa persen dan secara hutang berapa persen? Contohnya barang yang kita beli itu RM10.00, berapa persen yang kita boleh dapat se-maksima keuntungannya?

Jawapan:

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108): “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.

Akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”
- (an-Nisa’: 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk:

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.

b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Mengenai kadar beza harga yang dibenarkan –untuk mengelak dari berlakunya ghabnu fahiysh (beza harga keterlaluan) itu-, para ulamak berbeza pandangan:

a) Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran (yakni jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)

b) Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis:
(1) Hartanah; jangan melebihi 20%,
(2) Ternakan; jangan melebihi 10%,
(3) Barangan; jangan melebihi 5%.

c) Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan; kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka. Pandangan inilah yang rajih kerana tidak ada nas Syarak membataskan kadar harga maksima yang boleh diletakkan, oleh demikian penentuannya kembali kepada ‘uruf manusia.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).2. Ar-Rabh Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Syamsiah Mohd Ismail, hlm. 110-113.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL..

Sunday, October 09, 2011

11 Golongan Ahli Neraka..

Assalamualaikum...

Sekadar renungan bersama..


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- 

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat." 



Sumber dari sini... Terima kasih ya..

Tuesday, September 06, 2011

Motivasi 1

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi status dari pakar motivasi terkenal ini untuk saya jadikan panduan.. Banyak sifat buruk yang nak kena buang ni..


As salam sahabat FB yg di muliakan. Allah tak beri apa yg kita mahu, tapi Allah beri apa yg kita fikir n beri tumpuan. So, beri tumpuan kpd apa SIFAT BURUK yg kita nak kikis, doa sungguh2, cari kwn +ve yg boleh bantu kita, berterusan cari ilmu, ajak org lain utk sama2 buang sifat -ve, usaha dgn gigih n tawakkal kpd Allah. Antara sifat -ve ialah pemarah, malas, bertangguh, mulut celupar, tak jaga solat, boros, sambil lewa, buruk sangka, tak menyesal buat dosa...Mari terus bertindak! Wassalam

Monday, August 01, 2011

SALAM RAMADHAN al-MUBARAK...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan al-Mubarak..

Di kesempatan ini, ingin saya memohon ampun dan maaf seandainya ada kesilapan atau kesalahan terutamanya melalui penulisan di kesemua blog saya, mahupun komen-komen yang saya jawab dan tinggalkan.. 

Sesungguhnya, semua kesilapan tersebut adalah datangnya dari diri saya sendiri dan tidaklah saya berniat untuk menyalahkan sesiapa..

Sama-samalah kita hafal balik niat untuk berpuasa dan berbuka puasa ni. Mana la tau kalau-kalau dah terlupa pulak... hehehe..


Jaga diri, hiasi peribadi, tingkatkan prestasi, hindarkan kontroversi... :-)

Saturday, July 09, 2011

Zikir Munajat..

Assalamualaikum..

Semoga hati kita semakin tenang dengan berzikir..



Tuesday, June 21, 2011

Doa ketika merasa takut atau terkejut...

Assalamualaikum...

Ketika merasa takut atau terkejut yang datang secara tiba-tiba, bolehlah membaca doa ini. Semoga kita akan kembali tenang selepas itu.. 

Saturday, June 18, 2011

Doa memohon kesihatan tubuh badan.

Assalamualaikum...

Doa harian yang baik untuk diamalkan..


Sekadar satu perkongsian.. :)

Sunday, May 15, 2011

Jauhi fitnah..

Assalamualaikum...

Ini ada entry copy n paste. Sekadar berkongsi sahaja. Semoga kita semua mendapat iktibar dan menjauhi budaya fitnah-memfitnah ini...


Penyebaran fitnah sangat mudah berleluasa di zaman ini dengan adanya kemudahan telekomunikasi seperti, televisyen, telefon bimbit, komputer berinternet, dll. Fitnah boleh menyebabkan perpecahan di dalam sesuatu masyarakat dan boleh menjurumuskan individu yang mulia ke lembah penghinaan dan begitulah sebaliknya cuba menaikkan taraf orang yang jahil.

Islam mempunyai kaedah yang sangat ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak mempunyai unsur fitnah. Wajib bagi Muslim yang beriman menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah kontroversi berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran penerima amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan penyebar berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan....terutamanya orang yang dihormati masyarakat. Pada masa sama, perbuatan itu bertujuan untuk menonjolkan diri penyebar fitnah seolah-olah penyebar fitnah itu sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang difitnah itu.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL.

Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Pengajaran: Fikir-fikirlah biarpun beribu kali sebelum membuat fitnah. Sememangnya terdapat syaitan di kalangan jin, dan syaitan di kalangan manusia


sumber: http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=67294&highlight=sconsult

Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih Teman

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi gambar yang diedit oleh seorang rakan lama saya. Terima kasih kawan atas perkongsian yang bermakna ini..


Saturday, February 26, 2011

JANGAN BERSEDIH...

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian yang dipetik dari buku La Tahzan..

Janganlah bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia tidak memberi manfaat apapun. Apabila anak kita gagal dalam ujian, kita bersedih, namun apakah kesedihan itu menukar kegagalan menjadi kejayaan? Semasa bapa kita meninggal, kita bersedih, apakah dia akan hidup kembali? Atau kita rugi dalam satu perniagaan, kemudian bersedih, apakah kerugian itu berubah menjadi keuntungan?

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu menjadikan musibah terasa lebih berat. Ketika kita bersedih kerana miskin atau sengsara, bukankah kesedihan itu menambahkan lagi kesusahan? Semasa bersedih kerana cercaan musuh-musuh, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat mereka untuk menyerang kita.

Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi dan anak-anak yang tidak akan berguna kepada kita sedikitpun.

Jangan bersedih, kerana kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit dan bunga mawar yang indah seperti sebongkok labu, taman yang rimbun seperti gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia menjadi penjara.

Jangan bersedih, kerana kita masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan, dua kaki, lidah dan hati. Kita masih memiliki kedamaian, keamanan dan kesihatan.

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)."- Ar-Rahman: 55: 13)

Jangan bersedih kerana kita masih memiliki agama, rumah, makanan, air, pakaian, isteri dan anak-anak. Mengapa harus bersedih?

Monday, February 14, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul 1432H untuk semua umat Islam walau di mana jua anda berada...




Ya Nabi Salam Alayka Verse 1

Anta noorol lahy fajran
Jeita baadal osry yosran
Rabbona aalaka kadran
Ya imam al anbeya’ee
You are the light of Allah at dawn
You came after the hardship as convenience
Our Allah raised up your position
Oh Imam (Leader) of the Prophets

Ya Nabi Salam Alaika 2

Anta fel wejdany hayyon
Anta lel aynayny dayyon
Anta endal hawdy reyyon
Anta haden wa safeyyon
Ya habeeby ya muhammad
You are alive in sentiment
You are the light of eyes
You are the irrigation at the Hawd (basin)
You are the absolutely pure guide
My beloved Muhammad

Ya Nabi Salam Alayka Verse 3

Ya nabi salam alaika
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka
Oh Prophet, peace be upon you
Oh Messenger, peace be
Oh beloved, peace be
The prayers of Allah be

Ya Nabi Salam Alayka Verse 4

Yartawee bel hobby kalby

Hobby khayry rosly rabby
Man behee absarto darby
Ya shafee’ee ya rassool allah
My heart irrigates with love
Whom by him I have seen my path
The love of the best of Messengers of my God
My intercessor, Oh Messenger of Allah

Ya Nabi Salam Alayka Verse 5

Ayyohal mokhtaro feena
Zadanal hobbo haneena
Jeitana bel khayry deena
Ya khetamal morsaleena
Ya habeeby ya muhammad
Oh, the chosen out from us
Love boosted up the nostalgia
You came for us with religious peace
Oh, final Messenger
My beloved Muhammad

Ya Nabi Salam Alayka Verse 3

Ya nabi salam alayka
Ya rassool salam alayka
Ya habeeb salam alayka
Salawatol lah alayka
Oh Prophet, peace be upon you
Oh Messenger, peace be
Oh beloved, peace be
The prayers of Allah be


Wednesday, February 09, 2011

ISU LOGO HALAL YANG TIADA KESUDAHAN...

Assalamualaikum...

Dalam muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ni (Rabu, 9 Februari 2011), keluar lagi isu logo HALAL yang tiada kesudahannya. Perkara ni sudah lama berlarutan dan kegiatan menggunakan logo HALAL yang tidak sah kini semakin menular dan membimbangkan.

Antara jenis-jenis produk yang disiasat dan diragui logo HALAL adalah:

> Mee segera
> Rempahan sup
> Tuna
> Kicap
> Mihun
> Tepung
> Santan kelapa
> Garam
> Ikan masin
> Pewarna rambut

Manakala ciri-ciri logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah:

> Bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan.
> Perkataan jawi HALAL di tengah bulatan.
> Diikuti tulisan rumi HALAL.
> Bulatan logo tertulis perkataan MALAYSIA dalam tulisan rumi dan MALAYSIA dalam tulisan jawi.
> Dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan jawi tersebut.



Enam logo HALAL swasta yang tidak diikhtiraf oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah:

> Bahtera Lagenda Sdn. Bhd.
> Islamic Food and Research Council.
> SAS-H Consultancy.
> Perak Religious Officer Association.
> Halal Food Council S.E.A.
> IFANCA International.

Antara logo HALAL yang diharamkan:


Mudah-mudahan kita terhindar dari memakan makanan yang haram disebalik tanda halal ini.. Nau'zubillah...

Monday, January 24, 2011

BANYAK CARA UNTUK SEDEKAH..

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian...

Dari Abu Dzar r.a katanya: Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau:

Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.

Jawab Rasulullah SAW:

Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, bahkan pada kemaluanmu pun terdapat juga unsur sedekah.

Mereka bertanya: Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?

Jawab Rasulullah SAW: Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Huraian Hadith:

1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Monday, January 17, 2011

10 NASIHAT PENYEJUK HATI

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian...

10 Nasihat Penyejuk Hati

by Nur Muslimah on Sunday, January 16, 2011 at 11:04pm



1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya. Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat. Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.


2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka. Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.


3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa. Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah SWT untuk anda. Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.


4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT. Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.


5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.


6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.


7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu? Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa?


8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.


9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.


10- Mandi dari segala kekotoran, berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.


Sunday, January 16, 2011

TOLONGLAH BANTU ADIK INI...Update..!!!

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang ingin menderma untuk adik Hairuman yang kisahnya aku tuliskan sebelum ini, boleh la berbuat demikian menerusi bank CIMB. Aku sudahpun sms kakak beliau bertanyakan kenapa tak boleh nak bank-in ke akaun Maybank. Dan ini adalah jawapan yang diberi oleh kak Maryuni...

(1)
Salam. Td sy call maybank service centre. Katanya folder transaksi dah penuh. Kena pergi cawangan esok utk buang folder tu. Saudara/i boleh bank in kt no akaun sy yg lain. CIMB bank. Maryuni Miskon. A/C. 1257-0000203-529. T.kasih.


Dan ini pula adalah jawapan dari beliau bila aku kata aku nak bagitau hal ini kepada para bloggers/pembaca yang masuk blog aku ni...

(2)
T. kasih bnyk2 krn bg sumbangan kt adik. Doakan agar org ramai dpt mendoakan agar adik sy sembuh spt sediakala. Dpt selamatkan agar kedua2 tgn adik sy tidak dipotong.


Diharapkan semua dapat membantu. Dan aku hanya mampu menyebarkan sahaja. Harap-harap lepas ni takde lagi masalah teknikal yang timbul. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan para penderma dan sembuhkanlah adik Hairuman itu...

Aku kata: Mendermalah dengan ikhlas.

Saturday, January 15, 2011

TOLONGLAH BANTU ADIK INI...

Assalamualaikum...

Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..

Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb.. Sebar-sebarkanlah sambil menderma..

Diambil dari forum.

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.




Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.


Aku kata: Hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan jadikan kenaikan harga barang sebagai alasan untuk melarikan diri dari menderma. Dermalah dengan seikhlas-ikhlasnya. Insyaallah, Allah akan membalas setiap sen yang kita sumbangkan itu...

Monday, January 10, 2011

GAY DAN LESBIAN: PENGHANCUR KETURUNAN..

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian yang saya ambil di sini. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini. Renung-renungkanlah. Semoga Allah jauhkan keturunanku dari tergolong dalam kelompok manusia ini. Amin...

Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan

Posted on January 9, 2011 under Islam by wizvax

MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.

Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar.

Kelompok terbabit mencintai sesama jenis bukan saja merasa diri tidak bersalah malah ada antaranya bangga dengan ‘kelebihan’ yang kononnya mereka miliki. Perlu difahami, kecenderungan seseorang kepada homoseksual atau lesbian bukan takdir tetapi pilihan ditentukan sendiri. Justeru, mereka perlu bijak mengendalikan nafsu dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.

Mungkin ada antara mereka merasakan itu hak kebebasan sebagai manusia tetapi hakikatnya manusia tidak pernah diberi hak penuh untuk memuaskan segala keinginan hatinya.

Sebaliknya, hak manusia itu dibatasi hukum Islam yang ditetapkan dan tidak pernah berubah. Begitulah mereka yang terjebak dengan homoseksual dan lesbian, sebagai insan dilahirkan sebagai Islam, seharusnya mengerti perlakuan itu bertentangan dengan perintah Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu mengerjakan perbuatan yang keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata, Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari bandarmu ini; sesungguhnya mereka adalah orang yang berpura-pura menyucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan keluarganya melainkan isterinya; dia termasuk orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan.” (Surah Al-A’raaf: 80-84)

Perkataan keji dalam konteks ini bererti tindakan cabul, sodomi dan lesbian yang dilakukan kaum Lut.

Dosa besar dilakukan kaum Lut akan dihukum di akhirat kerana hukumannya lebih berat daripada azab dunia dan kehinaan di akhirat adalah lebih besar daripada kehinaan di dunia.

Ulama bersetuju berdasarkan al-Quran dan hadis, adanya larangan keras terhadap perbuatan homoseksual dan lesbian kerana kedua-dua tindakan itu pemusnah kepada institusi kekeluargaan serta ikatan pernikahan yang suci.

Justeru, mereka yang terjebak gejala ini perlu mengawal nafsu kerana manusia bukan haiwan yang dikawal oleh nafsu seks semata-mata. Manusia bertanggungjawab mengetahui bagaimana mereka dapat mengarahkan keinginannya yang juga suatu kepercayaan Allah diberikan kepada mereka, baik lelaki mahupun wanita.

Oleh itu, jika ada antara mereka menganggap apa dilakukan adalah satu kebebasan dan hak sebagai manusia, ia hakikatnya satu penyimpangan kepada sebuah kehidupan. Apatah lagi Islam sememangnya sudah menetapkan hukuman berat kepada yang melakukan perbuatan itu.

Allah berfirman bermaksud: “Dan (terhadap) wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi antara kamu (yang menyaksikannya).

Kemudian apabila mereka memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya. Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji antara kamu, maka berilah hukuman kepada kedua-duanya, kemudian jika kedua-duanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisa: 15-16)

Ulama menyatakan ayat 15 itu adalah lesbian yang melakukan perilaku sesat dan ayat berikutnya merujuk homoseksual yang melakukan perbuatan mungkar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Empat kelompok manusia yang bangun dari tidurnya di bawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawah ketidaksenangan Allah. Mereka yang mendengarkan perkataan Baginda bertanya: Siapa mereka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.”

Kita mengharapkan mereka terbabit perlakuan dimurkai Allah itu akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya kecuali bagi mereka yang syirik.