Assalamualaikum...
Sekadar satu perkongsian yang dipetik dari buku La Tahzan..
Janganlah bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia tidak memberi manfaat apapun. Apabila anak kita gagal dalam ujian, kita bersedih, namun apakah kesedihan itu menukar kegagalan menjadi kejayaan? Semasa bapa kita meninggal, kita bersedih, apakah dia akan hidup kembali? Atau kita rugi dalam satu perniagaan, kemudian bersedih, apakah kerugian itu berubah menjadi keuntungan?
Jangan bersedih, kerana kesedihan itu menjadikan musibah terasa lebih berat. Ketika kita bersedih kerana miskin atau sengsara, bukankah kesedihan itu menambahkan lagi kesusahan? Semasa bersedih kerana cercaan musuh-musuh, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambah semangat mereka untuk menyerang kita.
Jangan bersedih, kerana kesedihan itu akan membuat rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi dan anak-anak yang tidak akan berguna kepada kita sedikitpun.
Jangan bersedih, kerana kesedihan hanya akan membuat air yang segar terasa pahit dan bunga mawar yang indah seperti sebongkok labu, taman yang rimbun seperti gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia menjadi penjara.
Jangan bersedih, kerana kita masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan, dua kaki, lidah dan hati. Kita masih memiliki kedamaian, keamanan dan kesihatan.
Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)."- Ar-Rahman: 55: 13)
Jangan bersedih kerana kita masih memiliki agama, rumah, makanan, air, pakaian, isteri dan anak-anak. Mengapa harus bersedih?
6 comments:
salam.
Buku tu mmg best utk dibaca.:)
salam. nak baca buku tu tapi buku yg sekarang ni belummm habis dibaca lagi. :)
saya dah taksedih
Kesedihan adalah sebahagian dari warna kehidupan...
Asam Rom
Bersedihlah.. dan kemudian gunakanlah telingamu untuk mendengar luahan hatimu, dan kemudian gunakan tanganmu itu untuk mengesat air mata yg mengalir, dan kemudian gunakanlah hatimu utk beristikomah, dan kemudian gunakanlah bibir & lidah mu memohon keampunan & kekuatan kepadaNya utk kamu menghadapi ujian itu.. sesungguhnya kedamain, keamanan & kesihatan itu untuk mereka-mereka yang bersyukur...
Terima kasih semua atas-atas komen dan pandangan yang diberikan.. Sy sangat2 menghargai komen ikhlas dari anda semua..
Terima kasih juga atas kunjungan ke blog ini...
Post a Comment