Monday, January 24, 2011

BANYAK CARA UNTUK SEDEKAH..

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian...

Dari Abu Dzar r.a katanya: Beberapa orang sahabat Nabi SAW pernah berkata kepada beliau:

Kaum hartawan memperolehi pahala yang lebih banyak. Mereka solat seperti kami solat, puasa seperti kami puasa dan bersedekah dengan sisa harta mereka.

Jawab Rasulullah SAW:

Bukankah Allah telah menjadikan berbagai macam cara untuk kamu bersedekah? Setiap kalimah tasbih adalah sedekah, setiap kalimah takbir adalah sedekah, setiap kalimah tahmid adalah sedekah, setiap kalimah tahlil adalah sedekah, amar makruf dan nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada yang mungkar) adalah sedekah, bahkan pada kemaluanmu pun terdapat juga unsur sedekah.

Mereka bertanya: Kalau begitu, adakah kami mendapat pahala jika kami memuaskan nafsu syahwat kami?

Jawab Rasulullah SAW: Jika kamu melakukannya dengan yang haram, tentunya kamu berdosa. Sebaliknya jika kamu melakukannya dengan yang halal, kamu mendapat pahala.

Huraian Hadith:

1. Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.

2. Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

3. Orang yang memiliki banyak kelebihan sama ada berupa harta benda, kekayaan, ilmu dan sebagainya selayaknya menginfakkan nikmat Allah tersebut untuk membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu hubungan antara anggota masyarakat menjadi lebih kukuh tanpa timbul perasaan dengki dan iri hati antara satu sama lain.

4. Bersedekah adalah tanda bahawa seseorang itu mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah. Sebaliknya orang yang bersifat kedekut adalah orang yang tamak. Sedangkan Allah SWT sahaja yang memiliki segala sesuatu dan Dia berhak merampas kembali nikmat tersebut pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu Islam mengatakan bahawa keberkatan rezeki itu adalah bergantung kepada cara bagaimana seseorang menyalurkan rezeki yang diperolehinya sama ada kepada kebaikan atau keburukan.

Monday, January 17, 2011

10 NASIHAT PENYEJUK HATI

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian...

10 Nasihat Penyejuk Hati

by Nur Muslimah on Sunday, January 16, 2011 at 11:04pm



1-Bayangkan Allah SWT mengampun kepada sesiapa yang memohon kemaafan daripadaNya. Allah SWT akan menerima taubat orang yang bertaubat. Allah SWT bersedia menerima siapa yang kembali ke pangkal jalan.


2- Berilah kasih sayang kepada orang yang lemah, tunaikanlah hajat kepada mereka yang berhajat dan rawatlah mereka. Jangan memendam kemarahan tetapi berilah kemaafan.


3-Pandanglah pada Allah SWT dengan pandangan positif dan ingatlah Allah SWT sentiasa mendampingi anda setiap masa. Ingatlah Malaikat sentiasa memohon kempanan daripada Allah SWT untuk anda. Syurga Ilahi sentiasa menunggu kedatangan anda.


4- Sapulah titisan airmata dengan pandangan positif kepada Allah SWT. Hapuskan segala kekecewaan dengan membilang segala nikmat Allah SWT yang telah Allah SWT berikan pada anda.


5-Jangan anda berpandangan ” Dunia telah menyempurnakan hajat seseorang”, tidak ada menusia yang mendapat segala hajatnya dibumi ini dan tidak pernah ditimpa kesusahan.


6- Jadilah seperti Pokok Tamar yang mencapai puncak segala ketinggian, tidak menyakiti orang lain, walaupun anda membaling batu kepadanya tetapi dia akan membalas anda dengan buah tamar yang manis kepada anda.


7- Pernahkah anda mendengar, kesedihan akan mengembalikan segala yang telah hilang, kekecewaan akan memperbetulkan kesalahan lalu? Jika demikian kenapa kita harus bersedih dan kecewa?


8- Jangan terlalu mengambil berat dugaan dan fitnah, tetapi pandanglah ketenteraman dan keselesaan serta keafiatan.


9- Padamkan api hasad dengki dalam jiwa anda, siramilah hati anda dengan kemaafan kepada semua mereka yang telah menyakiti anda.


10- Mandi dari segala kekotoran, berwuduk, memakai wangi-wangian, bersugi dan berdisiplin adalah penawar ke arah kejayaan kepada setiap hati yang kotor dan hati resah gelisah.


Sunday, January 16, 2011

TOLONGLAH BANTU ADIK INI...Update..!!!

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang ingin menderma untuk adik Hairuman yang kisahnya aku tuliskan sebelum ini, boleh la berbuat demikian menerusi bank CIMB. Aku sudahpun sms kakak beliau bertanyakan kenapa tak boleh nak bank-in ke akaun Maybank. Dan ini adalah jawapan yang diberi oleh kak Maryuni...

(1)
Salam. Td sy call maybank service centre. Katanya folder transaksi dah penuh. Kena pergi cawangan esok utk buang folder tu. Saudara/i boleh bank in kt no akaun sy yg lain. CIMB bank. Maryuni Miskon. A/C. 1257-0000203-529. T.kasih.


Dan ini pula adalah jawapan dari beliau bila aku kata aku nak bagitau hal ini kepada para bloggers/pembaca yang masuk blog aku ni...

(2)
T. kasih bnyk2 krn bg sumbangan kt adik. Doakan agar org ramai dpt mendoakan agar adik sy sembuh spt sediakala. Dpt selamatkan agar kedua2 tgn adik sy tidak dipotong.


Diharapkan semua dapat membantu. Dan aku hanya mampu menyebarkan sahaja. Harap-harap lepas ni takde lagi masalah teknikal yang timbul. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan para penderma dan sembuhkanlah adik Hairuman itu...

Aku kata: Mendermalah dengan ikhlas.

Saturday, January 15, 2011

TOLONGLAH BANTU ADIK INI...

Assalamualaikum...

Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..

Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb.. Sebar-sebarkanlah sambil menderma..

Diambil dari forum.

"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.




Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.

No akaun: 162030632448 Maybank

Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.


Aku kata: Hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan jadikan kenaikan harga barang sebagai alasan untuk melarikan diri dari menderma. Dermalah dengan seikhlas-ikhlasnya. Insyaallah, Allah akan membalas setiap sen yang kita sumbangkan itu...

Monday, January 10, 2011

GAY DAN LESBIAN: PENGHANCUR KETURUNAN..

Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian yang saya ambil di sini. Terima kasih atas perkongsian yang amat berguna ini. Renung-renungkanlah. Semoga Allah jauhkan keturunanku dari tergolong dalam kelompok manusia ini. Amin...

Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan

Posted on January 9, 2011 under Islam by wizvax

MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.

Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar.

Kelompok terbabit mencintai sesama jenis bukan saja merasa diri tidak bersalah malah ada antaranya bangga dengan ‘kelebihan’ yang kononnya mereka miliki. Perlu difahami, kecenderungan seseorang kepada homoseksual atau lesbian bukan takdir tetapi pilihan ditentukan sendiri. Justeru, mereka perlu bijak mengendalikan nafsu dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.

Mungkin ada antara mereka merasakan itu hak kebebasan sebagai manusia tetapi hakikatnya manusia tidak pernah diberi hak penuh untuk memuaskan segala keinginan hatinya.

Sebaliknya, hak manusia itu dibatasi hukum Islam yang ditetapkan dan tidak pernah berubah. Begitulah mereka yang terjebak dengan homoseksual dan lesbian, sebagai insan dilahirkan sebagai Islam, seharusnya mengerti perlakuan itu bertentangan dengan perintah Allah.

Firman Allah bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) ketika dia berkata kepada kaumnya: Mengapa kamu mengerjakan perbuatan yang keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata, Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari bandarmu ini; sesungguhnya mereka adalah orang yang berpura-pura menyucikan diri. Kemudian Kami selamatkan dia dan keluarganya melainkan isterinya; dia termasuk orang yang dibinasakan. Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan.” (Surah Al-A’raaf: 80-84)

Perkataan keji dalam konteks ini bererti tindakan cabul, sodomi dan lesbian yang dilakukan kaum Lut.

Dosa besar dilakukan kaum Lut akan dihukum di akhirat kerana hukumannya lebih berat daripada azab dunia dan kehinaan di akhirat adalah lebih besar daripada kehinaan di dunia.

Ulama bersetuju berdasarkan al-Quran dan hadis, adanya larangan keras terhadap perbuatan homoseksual dan lesbian kerana kedua-dua tindakan itu pemusnah kepada institusi kekeluargaan serta ikatan pernikahan yang suci.

Justeru, mereka yang terjebak gejala ini perlu mengawal nafsu kerana manusia bukan haiwan yang dikawal oleh nafsu seks semata-mata. Manusia bertanggungjawab mengetahui bagaimana mereka dapat mengarahkan keinginannya yang juga suatu kepercayaan Allah diberikan kepada mereka, baik lelaki mahupun wanita.

Oleh itu, jika ada antara mereka menganggap apa dilakukan adalah satu kebebasan dan hak sebagai manusia, ia hakikatnya satu penyimpangan kepada sebuah kehidupan. Apatah lagi Islam sememangnya sudah menetapkan hukuman berat kepada yang melakukan perbuatan itu.

Allah berfirman bermaksud: “Dan (terhadap) wanita yang mengerjakan perbuatan keji, hendaklah ada empat orang saksi antara kamu (yang menyaksikannya).

Kemudian apabila mereka memberi kesaksian, maka kurunglah mereka (wanita itu) dalam rumah sampai mereka menemui ajalnya, atau sampai Allah memberi jalan lain kepadanya. Dan terhadap dua orang yang melakukan perbuatan keji antara kamu, maka berilah hukuman kepada kedua-duanya, kemudian jika kedua-duanya bertaubat dan memperbaiki diri, maka biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah An-Nisa: 15-16)

Ulama menyatakan ayat 15 itu adalah lesbian yang melakukan perilaku sesat dan ayat berikutnya merujuk homoseksual yang melakukan perbuatan mungkar.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Empat kelompok manusia yang bangun dari tidurnya di bawah kemarahan Allah dan pergi tidur di bawah ketidaksenangan Allah. Mereka yang mendengarkan perkataan Baginda bertanya: Siapa mereka ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang dan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.”

Kita mengharapkan mereka terbabit perlakuan dimurkai Allah itu akan segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar, sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya kecuali bagi mereka yang syirik.