Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Setiap orang wajib melakukan sedekah saban hari selagi matahari terbit. Antara lain mendamaikan antara dua orang yang bersengketa, itupun sedekah. Dan bila orang membantu menaikkan seseorang ke atas kenderaannya, itupun sedekah. Atau dia angkut barangnya ke atas belakang kenderaan, itupun sedekah. Dan menyingkirkan duri dari jalan, itupun sedekah. Dan berkata baik-baik, itupun sedekah. Bahkan setiap langkah ketika ia berjalan untuk melakukan solat, itupun sedekah." (Riwayat dari Ahmad)

Pages

Tuesday, November 15, 2011

Makruh ketika Wuduk...

Assalamualaikum..

Makruh ketika Wuduk...

1- Membazir air:
Berlebih-lebih menggunakan air hingga ke tahap membazir.

2- Mendahulukan bahagian kiri:
Mendahulukan yang kiri daripada yang kanan ketika membasuh tangan dan kaki.

3- Mengelap air wuduk:
Mengelap air wuduk yang melekat dengan tuala atau kain tanpa ada sebarang keuzuran seperti sangat sejuk atau panas yang menyakitkan sekiranya air masih ada pada anggota.

4- Memukul muka:
Memukul muka dengan air.

5- Melebihi tiga basuhan:
Membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali basuhan.

6- Meminta orang lain ambilkan wuduk:
Meminta orang lain membasuh anggota wuduknya tanpa sebarang keuzuran kerana ia adalah sikap bongkak dan takabbur.

7- Berkumur secara berlebihan:
Berlebih-lebih ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa, kerana dibimbangkan air itu akan masuk ke dalam halkum dan menyebabkan batalnya puasa.

p/s: Sumber dari buku Ensiklopedia Solat...

3 kongsi cerita anda:

With Julia said...

Alhamdulilah...satu peringatan buat sesama kita...insyaAllah :)

TYNTHA LANA said...

Assalammualaikum kak :)

Maaf,bru ad ksempatan membalas kunjungan.. Akak sihat? Hurmm..lana memg dua beradik je kak,hehe.

~~ Akak, sumber entry: Ensiklopdia Solat..ni buku yg kulit tebal harga rm100 tu ya?

MulutPayau said...

Terima kasih atas perkongsian ini.....

Ayatul-Kursi

Ayatul-Kursi