Tuesday, November 15, 2011

Makruh ketika Wuduk...

Assalamualaikum..

Makruh ketika Wuduk...

1- Membazir air:
Berlebih-lebih menggunakan air hingga ke tahap membazir.

2- Mendahulukan bahagian kiri:
Mendahulukan yang kiri daripada yang kanan ketika membasuh tangan dan kaki.

3- Mengelap air wuduk:
Mengelap air wuduk yang melekat dengan tuala atau kain tanpa ada sebarang keuzuran seperti sangat sejuk atau panas yang menyakitkan sekiranya air masih ada pada anggota.

4- Memukul muka:
Memukul muka dengan air.

5- Melebihi tiga basuhan:
Membasuh atau menyapu lebih daripada tiga kali basuhan.

6- Meminta orang lain ambilkan wuduk:
Meminta orang lain membasuh anggota wuduknya tanpa sebarang keuzuran kerana ia adalah sikap bongkak dan takabbur.

7- Berkumur secara berlebihan:
Berlebih-lebih ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berpuasa, kerana dibimbangkan air itu akan masuk ke dalam halkum dan menyebabkan batalnya puasa.

p/s: Sumber dari buku Ensiklopedia Solat...

3 comments:

Julia Johari said...

Alhamdulilah...satu peringatan buat sesama kita...insyaAllah :)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum kak :)

Maaf,bru ad ksempatan membalas kunjungan.. Akak sihat? Hurmm..lana memg dua beradik je kak,hehe.

~~ Akak, sumber entry: Ensiklopdia Solat..ni buku yg kulit tebal harga rm100 tu ya?

MulutPayau said...

Terima kasih atas perkongsian ini.....