Sunday, January 31, 2010

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Assalamualaikum...

Solat sunat istikharah adalah solat memohon petunjuk dari Allah. Dengan kata lain, memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan. Solat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat.

Lafaz niat:
~> Usolli sunnatal istikhaaroti rok'ataini lillaa-hita'ala. Allaahu-akbar. (Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala. Allahu-akbar).

i) Rakaat pertama baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Kafirun.

ii) Rakaat kedua baca surah Al-Fatihah diikuti pula dengan surah Al-Ikhlas.

iii) Ketika sujud akhir, hendaklah baca sebanyak 40 kali ayat ini:
~> "Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana."

iv) Selepas salam pula, hendaklah baca Al-Fatihah dan dihadiahkan surah ini kepada Rasulallah s.a.w, sahabat2 Nabi, wali2 Allah juga kepada muslimin dan muslimat.

v) Akhir sekali, bacalah doa Istikharah iaitu:





~> "Ya Allah, hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau, ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar Agong. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu, dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

~> Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa persoalan ini (..... sebutkan hajat yang dikehendaki) baik bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba, dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah keberkahan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini (..... sebutkan hajat yang dikehendaki) tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, dan jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada. Dan jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMu".



(sumber dari buku 75 Solat-solat Sunat-Drs. Abd. Rahman Mat)

4 comments:

Diarihatiku1976 said...

bagus info ni.. taapi masa sujud tu boleh tak beri ayat dalam bahasa arab... atau kena baca melayu boleh ker..

~Kak AZZ~ said...

Salam Diary...

Sebenarnya ada ayat dalam Bahasa Arab, tp akak tak tau nak guna scanner... Insyaallah, nnt akan diusahakan ya...

Terima kasih singgah...:-)

mohamadkholid said...

terima kasih, byk ilmu saya timba di blog ini

~Kak AZZ~ said...

Mohamadkholid~> sama2... ilmu untuk dikongsi.....

terima kasih sudi singgah dan komen yaa...:-)