Tuesday, October 27, 2009

TANDA2 100 HARI SEBELUM HARI MATI

Assalamualaikum...(Baca dengan teliti...)

Ini adalah tanda pertama daripada Allah s.w.t kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda2 ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda2 ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan2 menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan2 bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda tersebut.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanafaatkan masa yang ada dan mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
.

2 comments:

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

tapi tanda tu nampak pada mereka yg sedar je.. yg tak sedar tu... mmg tak jmpa tanda tu

Cik Azz said...

dotblogspotdotkom~> betul la tu...takut kalau tak sedar akan kewujudan tanda2 tu...