Friday, October 15, 2010

JAGALAH HIDUNG DAN TELINGA DARI DIMASUKI SYAITAN

Assalamualaikum....



SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa).Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya …

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil, bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal, boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Nota: Copy paste dari fesbuk orang... =)

Monday, September 27, 2010

Tuesday, September 21, 2010

KEPENTINGAN MENJAGA SOLAT..

Assalamualaikum...

Sekadar satu perkongsian terutamanya untuk mengingatkan diri saya sendiri...


Friday, July 02, 2010

LAFAZ YANG KITA ABAIKAN.... LUPAKAN...

Assalamualaikum...

Antara sedar dengan tidak, setiap hari kita memohon doa di dalam solat kita. Tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami, sekadar disebut di bibir namun tidak tersentuh di hati kita selama ini... Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa melakukan ibadah solat...

Dengan rasa rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah:

~> Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku..)

Diamlah sejenak.... Buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil. Tetaplah membuka diri kita untuk menerima keampunan dari Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasa tenang. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua...

~> Warhamni (sayangi aku..)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali sehingga kita merasa cukup tenang. Berturut-turut, sampaikanlah permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu...

~> Wajburni (tutuplah aib-aibku..)

~> Warfa'nii (angkatlah darjatku..)

~> Warzuqnii (berilah aku rezeki..)

~> Wahdinii (berilah aku petunjuk..)

~> Wa'aafinii (sihatkanlah aku..)

~> Wa'fuannii (maafkan aku..)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita. Betapa besarnya nilai sebuah doa ini. Sebuah doa yang kita abaikan begitu sahaja. Dalam tidak sedar, selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu tetapi hati kita antara mahu dan tidak. Maka, wajarlah Allah perlakukan kita begitu..