Friday, April 16, 2010

BACAAN SURAH YAASIN...

Assalamualaikum...

BACAAN SURAH YAASIN...

Sama-samalah kita sedekahkan surah Yaasin ini kepada mereka yang telah terdahulu meninggalkan kita.. Semoga mereka semua ditempatkan bersama dengan golongan yang beriman... Amin...




Thursday, April 01, 2010

PENDENGKI LEBIH HINA DARIPADA YANG DIDENGKI

Assalamualaikum....

DENGKI adalah sifat yang tidak baik. HATI orang dengki tidak akan tenang jika melihat orang lain mendapat kesenangan. ORANG yang memiliki sifat ini juga tidak akan mendapat pahala di sisi ALLAH s.w.t.

PENDENGKI ibarat orang yang menyalakan pemanggang roti, dan setelah panas, dia melemparkan dirinya sendiri ke dalam pemanggang itu.

RESAH, cemas dan gelisah dalam hidup merupakan penyakit yang lahir dari sifat dengki. Bencana yang akan menimpa seorang pendengki adalah kerana dia selalu ingkar ketentuan ALLAH, menuduh ALLAH s.w.t dengan tidak adil dalam kebijaksanaanNYA dan selalu menyeleweng dari ajaran2 yang disampaikaan oleh Rasulullah s.a.w.

KITA boleh bersahabat dengan seseorang kecuali orang yang mempunyai sifat dengki, kerana orang yang dengki akan membawa kepada perkara2 yang tidak baik, menghilangkan sifat baik yang kita miliki dan melepaskan ciri kehormatan kita. Sebagai sahabatnya, hendaklah kita berlindung kepada ALLAH s.w.t dari kejahatan seorang pendengki ketika mendengki.

UNTUK PERINGATAN supaya jangan sekali2 memiliki sifat seperti ini, berdoalah kepada ALLAH s.w.t agar kita jauh dari manusia pendengki. Sesungguhnya ALAH s.w.t sentiasa bersama dan mengawasi kita.
.