Sunday, October 05, 2014

15 Perkara Penyembelihan Korban Yang Perlu Anda Ketahui..

Assalamu'alaikum..

15 Perkara Penyembelihan Korban Yang Perlu Anda Ketahui..


1. Korban boleh dilakukan selepas solat hari raya aidiladha dan tiga hari selepas itu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu hari-hari tasyrik. [HR. al-Bukhori 5225, Muslim 1961, Ibnu Hibban 1008]

2. Menajamkan alat sembelihan sebelum menyembelih. [HR. Muslim 1967]

3. Merebahkan haiwan dan meletakkan kaki pada rusuk haiwan ketika menyembelih. [HR. Al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

4. Jika unta, disembelih ketika ia berdiri. [HR. al-Bukhari 1713, Muslim 1320/358]

5. Sunnah mengadap kiblat. [HR. Malik al-Muwatha’ 1405]

6. Membaca 'bismillah' dan 'bertakbir' sebelum menyembelih. [al-An’am 6:121, HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

7. Memutus al-wadjan, iaitu dua urat tebal di leher haiwan sembelihan. Tidak sah korban jika hanya putus satu urat. [Syarh Bulugh 6/52-53]

8. Jika terdapat janin (anak) di dalam perut haiwan, cukup dengan hanya menyembelih ibunya. [Irwa`ul Ghalil 8/172 2539]

9. Sunnah menyembelih haiwan korban dengan tangan sendiri. [HR. al-Bukhari 5565, Muslim 1966]

10. Dianjurkan berdoa supaya korban diterima selepas menyembelih. Tiada doa khusus disyariatkan. Contoh doa: "Ya Allah, terimalah sembelihan / korban ini dariku dan keluargaku". [HR. Muslim 1967]

11. Disyariatkan makan sebahagian dari haiwan korban. [al-Hajj:28]

12. Boleh simpan daging korban lebih dari tiga hari. [HR. Muslim 1977]

13. Disyariatkan memberi sebahagian haiwan korban kepada fakir miskin. [al-Hajj:28]

14. Boleh memberi daging korban kepada orang kaya sebagai hadiah untuk mewujudkan kasih sayang sesama muslim.

Boleh memberi daging korban kepada orang kafir sebagai hadiah untuk melembutkan hatinya selagi bukan kafir harbi. [Fatwa Al-Lajnah Ad-Da`imah 11/424-425 1997]

15. Tidak boleh memberi upah kepada penyembelih dengan upah daging korban. Upahnya berasingan, tidak kira apa bentuk upah asalkan bukan daging korban. Namun boleh memberi daging korban sebagai sedekah atau hadiah kepada penyembelih. [Shahih Fiqih Sunnah II/379]


2 comments:

Najib Ariyan Ali Basha said...

terima kasih bebanyak atas info ni...

salam singgah

Julia Johari said...

Entry yg byk bagi info...terima kasih