Monday, December 03, 2012

Dahi tak cecah lantai masa sujud...

Assalamualaikum...

Dahi tak cecah lantai masa sujud...

Malam tadi tengok drama kat tv.. Ternampaklah satu scene di mana seorang pelakon lelaki sedang melakukan perbuatan sujud di dalam solat.. Secara tak sengaja, terpandang kepada hidungnya yang tidak cecah ke lantai/sejadah masa dia sujud tu.. Mula-mula hidung tu hampir nak cecah ke lantai namun tiba-tiba semakin tinggi dia angkat kepalanya dan hidung semakin jauh dari lantai atau tempat sepatutnya hidung tu berada... 

Lepas tu, terus je google untuk dapatkan lebih kepastian walaupun sebenarnya dah tahu bahawa hujung hidung tu mesti kena cecah ke lantai/sejadah masa sujud selain daripada dahi yang sememangnya wajib kena cecah lantai/sejadah tanpa halangan...

Dan, ini salah satu artikel yang saya jumpa dari banyak artikel lain...




p/s: Sekadar berkongsi apa yang saya tengok, apa yang saya rasa, apa yang saya jumpa... Walaupun hanya sekadar lakonan di tv, bila ada scene solat, wajarlah buat yang sepatutnya... Wallahu'alam...

1 comment:

Ummu afif said...

Adakah hidung juga wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud?

Terdapat khilaf di kalangan ulamak;
Pertama; menurut Imam Ahmad; dahi dan hidung wajib diletakkan di atas lantai ketika sujud. Tidak cukup hanya dahi sahaja atau hanya hidung sahaja. Beliau berdalilkan hadis di atas di mana Nabi turut menunjukkan kepada hidungnya tatkala menyebutkan tentang dahi sebagai salah satu angota sujud. Selain itu ia berdalilkan juga hadis dari Abu Humaid as-Sa’idi yang menceritakan; “Nabi tatkala sujud, baginda menekan hidung dan dahinya ke tanah, menjauhkan dua tangan dari rusuknya dan meletakkan dua tapak tangan setentang dua bahunya” (Riwayat Imam at-Tirmizi dan Abu Daud. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh). Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; Nabi telah melihat seorang lelaki menunaikan solat. Ia sujud tanpa meletakkan hidungnya di atas tanah. Lalu Nabi berkata kepadanya; “Letakkan hidungmu (ke tanah) supaya ia sujud bersamamu” (Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan).
Kedua; menurut mazhab Syafi’ie dan Malik; yang wajib ialah meletakkan dahi sahaja. Adapun meletakkan hidung –di samping dahi- adalah sunat, tidak wajib. Sah sujud jika seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Bagi pandangan ini, hadis-hadis di atas menunjukkan kepada galakan, bukan kewajipan.
Ketiga; menurut Imam Abu Hanifah; boleh memilih sama ada hendak meletakkan dahi atau hidung di atas lantai. Bagi pandangan ini, isyarat Nabi kepada hidung tatkala menyebutkan dahi dalam hadis di atas ialah untuk menunjukkan keharusan memilih antara dahi atau hidung semasa sujud.