Assalamualaikum...
Waktu-waktu dianjurkan berdoa..
Berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tetapi terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan oleh Rasulullah SAW sendiri. Antaranya:
1- Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh.
2- Tiap-tiap kali selepas solat fardu lima waktu.
3- Antara solat Zuhur dan Asar dan Maghrib.
4- Di antara azan dan iqamat dan selepasnya.
5- KETIKA BANGUN TIDUR.
6- Selepas membaca tasyahud akhir sebelum salam.
7- Ketika hendak masuk dan keluar masjid.
8- Di antara takbir-takbir solat hari raya.
9- Dalam khutbah Jumaat dan hari raya dan dalam khutbah nikah.
10- Ketika menziarahi Makam Rasulullah di Masjid Madinah.
11- Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting.
12- Ketika membaca qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
13- Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
14- Ketika ditimpa kesulitan, gundah-gulana dan resah gelisah.
15- Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama terpisah.
16- KETIKA HUJAN TURUN.
17- Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
18- Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur.
Rujukan: Ensiklopedia Solat.. (Sekadar satu perkongsian..)
3 comments:
tq konsikan info ini
nice info :)
Bgus betul perkongsian kak azz...ju ambil note utk digunakan pada masa akan dtg...moga perkongsian ini lebih membawa keberkatan di dunia dan diakhirat...amin...kak azz, selamat tahun baru 2012 ya..rindu kak azz :)
Post a Comment