Monday, November 02, 2009

MUKJIZAT AZAN

Assalamualaikum...

Pesanan semasa mendengar azan:

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita diketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakkan orang yang nazak yang sedang menghampiri ajal tidak dapat berkata apa2. Lidahnya kelu serta keras dan hanya mimik mukanya sahaja yang menahan kesakitan 'sakratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan. Jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya." Ini jelas menunjukkan kita disarankan agar mendiamkan diri dan jangan berkata apa2pun sewaktu azan berkumandang.

Sebagai orang yang beragama Islam, kita wajib menghormati azan. Banyak fadilatnya . Sesiapa yang berkata2 ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita ketika ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah, dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu, marilah kita sama2 menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah kita tidak kelu ketika nyawa sedang dicabut.

"Ya Allah, anugerahkanlah kami kematian ini dengan kematian yang baik lagi mulia. Lancarkan lidah kami mengucapkan kalimah "Lailahaillallah" semasa sakratul maut menghampiri kami . Amin....amin...amin...Ya robbal a'lamin...

WASIAT NABI MUHAMMAD s.a.w kepada SAIDINA ALI r.a:

"Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda2nya":
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

"Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda2nya":
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

"Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda2nya":
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

"Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya":
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang rm50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil jika kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk perlawanan bolasepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana cara untuk memasukinya. Wallahua'lam...
.

4 comments:

MOMMY CGG said...

Wang rm50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil jika kita bawa ke supermarket.

salam:)

saya suke kata2 nie:) betul tu:)

Azie said...

miez Hanem~> haha....mmg mcm tu la kebiasaan sekarang ni....Kdg2 ada yg siap menoleh kiri kanan lg nk tgk ada atau tidak org nmpk yg dia sedang masokkan wang rm50 tu kat dlm kotak derma masjid...;)

wassalam....:)

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

salam kak...
salam perkenalan

Azie said...

Bulan itu aku~> salam perkenalan dikk...nk pggil apa ni....hehe...