Wednesday, October 19, 2011

Peratus keuntungan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut Syarak..

Assalamualaikum...

Peratus keuntungan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut Syarak..

Entry ni saya copy paste sepenuhnya.. Saya ada bagi backlink kat bawah sekali.. Kenapa saya copy dan paste kat sini...? Kerana memudahkan saya untuk buat rujukan kerana saya juga berminat untuk membuat perniagan secara kecil-kecilan.. Semoga tidak ada yang mempertikaikan tentang copy paste ini ya... :-)

Soalan:

Berapa peratus dari harga belian yang boleh kita ambil untung setelah kita menjual barang? Secara tunai berapa persen dan secara hutang berapa persen? Contohnya barang yang kita beli itu RM10.00, berapa persen yang kita boleh dapat se-maksima keuntungannya?

Jawapan:

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108): “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli.

Akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”
- (an-Nisa’: 29).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk:

a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.

b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.

Mengenai kadar beza harga yang dibenarkan –untuk mengelak dari berlakunya ghabnu fahiysh (beza harga keterlaluan) itu-, para ulamak berbeza pandangan:

a) Mengikut mazhab Malik dan Syafi’ie; tidak lebih dari 1/3 atau 34% harga pasaran (yakni jika harga pasaran RM 10.00, hendaklah dijual tidak melebihi RM13.40)

b) Imam Nasir bin Yahya al-Balkhi membezakan antara tiga jenis:
(1) Hartanah; jangan melebihi 20%,
(2) Ternakan; jangan melebihi 10%,
(3) Barangan; jangan melebihi 5%.

c) Mazhab Hanafi dan Hanbali berpandangan; kadar beza harga yang dibenarkan itu tidaklah tetap pada peratus tertentu. Ia berubah-rubah mengikut ‘uruf (kebiasaan) di kalangan para peniaga dan penilaian mereka. Pandangan inilah yang rajih kerana tidak ada nas Syarak membataskan kadar harga maksima yang boleh diletakkan, oleh demikian penentuannya kembali kepada ‘uruf manusia.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).2. Ar-Rabh Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Syamsiah Mohd Ismail, hlm. 110-113.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL..

Sunday, October 09, 2011

11 Golongan Ahli Neraka..

Assalamualaikum...

Sekadar renungan bersama..


Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- 

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8. Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.


Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat." 



Sumber dari sini... Terima kasih ya..