Thursday, June 17, 2010

AIR DAN HUKUMNYA...

Assalamualaikum....

Bahagian air dan hukum bersuci dengannya:

1) Air Mutlak:
~> Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi yang masih belum berubah keadaannya atau air yang banyak, lebih dari dua kolah.

Hukumnya suci lagi menyucikan, tidak makruh menggunakannya.

2) Air Mushammas:
~> Air yang berada di dalam tin yang berkarat, yang terdedah kepada sinaran matahari.

Hukumnya suci lagi menyucikan, tetapi makruh menggunakannya.

3) Air Mustakmal:
~> Air yang kurang dari dua kolah, yang sudah dipakai untuk basuhan kali pertama pada mengangkat hadas yang wajib.

Hukumnya suci, tetapi tidak menyucikan. Harus digunakan untuk selain daripada mengangkat hadas.

4) Air Mutannajjis:
~> Air yang sudah terkena najis, hal air itu kurang daripada dua kolah.

Hukumnya tidak menyucikan, dan tidak harus menggunakannya.

KADAR TIMBANG/UKURAN AIR DUA KOLAH:
~> Timbang/ukuran air dua kolah iaitu sebanyak 375 kati = 52 gelen = ukuran 13 tin minyak tanah.

HUKUM AIR YANG BERUBAH DENGAN SEBAB-SEBAB BERIKUT:

1) Tempatnya seperti air yang mengalir di atas batu belerang.
2) Kerana lama tersimpan seperti di dalam kolam.
3) Kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti ada ikan, daun atau kiambang.
4) Dengan sebab tanah yang suci.

Kesemua air di atas dikira sebagai AIR MUTLAK.