Sunday, January 31, 2010

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

Assalamualaikum...

Solat sunat istikharah adalah solat memohon petunjuk dari Allah. Dengan kata lain, memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan. Solat ini dikerjakan sebanyak dua rakaat.

Lafaz niat:
~> Usolli sunnatal istikhaaroti rok'ataini lillaa-hita'ala. Allaahu-akbar. (Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala. Allahu-akbar).

i) Rakaat pertama baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah Al-Kafirun.

ii) Rakaat kedua baca surah Al-Fatihah diikuti pula dengan surah Al-Ikhlas.

iii) Ketika sujud akhir, hendaklah baca sebanyak 40 kali ayat ini:
~> "Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana."

iv) Selepas salam pula, hendaklah baca Al-Fatihah dan dihadiahkan surah ini kepada Rasulallah s.a.w, sahabat2 Nabi, wali2 Allah juga kepada muslimin dan muslimat.

v) Akhir sekali, bacalah doa Istikharah iaitu:





~> "Ya Allah, hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau, ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar Agong. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu, dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

~> Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa persoalan ini (..... sebutkan hajat yang dikehendaki) baik bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba, dan mudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berikanlah keberkahan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini (..... sebutkan hajat yang dikehendaki) tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, dan jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada. Dan jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMu".



(sumber dari buku 75 Solat-solat Sunat-Drs. Abd. Rahman Mat)

Sunday, January 24, 2010

WUDUK

Assalamualaikum....

Ketika
Niat
Penjelasan
1. berkumur"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. membasuh muka"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. membasuh tangan kanan"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .
4. membasuh tangan kiri"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. membasuh kepala"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. membasuh telinga"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. membasuh kaki kanan"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. membasuh kaki kiri"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Wednesday, January 06, 2010

HIKMAH SUJUD

Assalamualaikum....

Sujud legakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangan nya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t.. dan mereka meng galakkan kita bersujud lebih lama.


Antara hikmah lain sujud
adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembali kan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

=> membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
=> membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
=> melegakan sakit hernia. (burut)
=> mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
=> melegakan paru-paru daripada ketegangan.
=> mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
=> kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
=> meringankan bahagian pelvis.
=> memberi dorongan supaya mudah tidur.
=> menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
=> pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan per jalanan darah yang baik..
=> bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
=> mengurangkan kegemukan.
=> pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta ter
hindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
=> organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
=> mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


Dari segi psikologi pula
, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya..

Dari segi perubatan
, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna..

.

Tuesday, January 05, 2010

TIDAK GUNA MENJADI MUSLIMAH JIKA....

Assalamualaikum.....

Kepada semua para muslimah...Bacalah dengan tenang... Jangan terburu-buru...


1) Perempuan yang bergelar muslimah itu TIDAK GUNA kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.


2) Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang TIDAK GUNA rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.


3) Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang TIDAK GUNA minyak wangi yang baunya semerbak.. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan untuk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.


4) Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang TIDAK GUNA kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5) Perempuan muslimah TIDAK GUNA masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang di sekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.


6) Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang TIDAK GUNA tudung yang pendek, apabila memakainya diselempangkannya dan menampakkan bahagian yg sepatutnya ditutup. Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


7) Perempuan yang memahami etika dalam islam memang TIDAK GUNA lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lunak manja itu untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka.. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.


8) Perempuan yang menjaga maruah islam memang TIDAK GUNA alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. Atau mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?


9) Perempuan islam TIDAK GUNA kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.


10) Jadilah perempuan islam dan muslimah yang BERGUNA
"Hendaklah mereka (wanita) menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada mahram mereka.”

(Surah an-Nuur 24: 31)
__._,