Sunday, July 26, 2009

SEKADAR RENUNGAN (9)

Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

"Mereka bertanya kepadamu (hai Muhammad) tentang haid.

Jawablah: Haid adalah kotor, kerana itu hendaklah kamu menjauhkan diri (yakni tidak menyetubuhi) dari wanita di waktu sedang haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum mereka itu suci (berhenti haid dan sudah mandi). Apabila mereka telah suci, campurilah mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersuci."

(Surah Al-Baqarah ayat 222)

Thursday, July 23, 2009

SEKADAR RENUNGAN (8)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
.
"Sehari bagi seorang pemimpin yang adil lebih baik daripada ibadah selama tujuh puluh tahun"....Kemudian baginda melanjutkan:
"Masing-masing kamu sekalian adalah pemimpin dan masing-masing dari kamu dituntut supaya bertanggungjawab atas yang dipimpinnya."
.
(Diriwayatkan oleh Thabrani dan Al-Baihaqi).
.

SURAH AL-WAQIAH


Wednesday, July 22, 2009

SEKADAR RENUNGAN (7)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Seorang isteri tidak dibolehkan berpuasa sunat selagi suaminya di rumah (tidak pergi berjauhan), kecuali atas persetujuannya (diizinkan oleh suaminya), isteri tidak boleh membenarkan seseorang masuk ke rumahnya kecuali dengan izin suami."

(Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Dawud).
.

Monday, July 13, 2009

SEKADAR RENUNGAN (6)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Barang siapa membaca pada malam Jumaat 10 kali doa (yang di bawah ini), disuratkan Allah baginya 100 ribu kebajikan, dihapuskan Allah baginya 100 ribu kejahatan, dan diangkatkan baginya 100 ribu darjatnya serta menyertai dia dengan Ibrahim al-Khalil pada hari kiamat."

Doanya yang bermaksud:

"Ya Allah, ya Tuhan yang sentiasa mengurniai kelebihan-kelebihan kepada manusia, ya Tuhan yang kedua tangannya banyak memberi , ya Tuhan yang mempunyai pemberian yang baik, beri kesejahteraanlah atas Muhammad, sebaik manusia, dan ampunilah (dosaku) ya Tuhan yang maha mempunyai ketinggian."
.

SEKADAR RENUNGAN (5)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya. Seorang penguasa adalah pemimpin rakyat dan ia bertanggungjawab atas rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan ia bertanggungjawab atas keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya, ia bertanggungjawab atas mereka. Dan seorang budak (pelayan) adalah pemimpin (yakni penyelamat) harta benda milik tuannya dan ia bertanggungjawab atas keselamatan harta bendanya (yakni harta benda yang dipercayakan kepadanya)."

(Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
.
.

Thursday, July 09, 2009

SEKADAR RENUNGAN (4)

.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
.
"Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kamu telah mampu menanggung beban rumahtangga hendaklah segera kahwin, kerana hal itu lebih dapat memejamkan mata (yakni tidak memandang perempuan) dan lebih dapat menjaga kesucian diri (dari perbuatan zina). Siapa yang belum mampu sebaiknya ia berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjagaan diri."
.
(Hadis Muttafaq 'alaih).
.

SURAH AN-NAS

.
.
Yang bermaksud:
.
Dengan nama Allah yang maha Pengasih yang
Maha Penyayang.
.
"Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan (menguasai segala manusia), Raja segala manusia, Tuhan segala manusia, dari bahaya bisikan (syaitan) yang mengendap, yang membisikkan ke dalam hati manusia, iaitu jin dan manusia."
.

Wednesday, July 08, 2009

SURAH AL-IKHLAS

.

.
Yang bermaksud:
.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih yang
Maha Penyayang.
.
"Katakanlah: Ia-lah Allah yang Maha Esa.
Allah yang kekal tempat meminta. Tiada
Ia beranak dan tiada Dia diperanakkan.
Tiada seorangpun yang sama denganNya."
.

Tuesday, July 07, 2009

SEKADAR RENUNGAN (3)


Allah s.w.t berpesan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu memfitnah atau mengumpat sebahagian yang lain..."

(Surah Al-Hujuraat:12)

AYATUL KURSI


Assalamualaikum...

Dari Abi Umamah katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa membaca di sesudah solat fardu akan Ayatul Kursi maka tidaklah ada menghalanginya masuk syurga, hanya menanti saatnya meninggal dunia sahaja."


Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang.

"Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, yang sentiasa mengurus hambanya, tiada mengantuk dan tiada tidur, Tuhan yang mempunyai segala apa yang di langit dan segala apa yang di bumi, siapakah gerangan yang memberi syafaat di sisiNya dengan tiada seizinNya. Tuhan mengetahui apa yang di hadapan mereka dan apa yang di belakang mereka, sedangkan mereka tiada mengetahui sesuatu dari ilmuNya melainkan hanya sekadar yang Ia kehendaki. Termuat dalam ilmuNya segala urusan langit dan segala urusan bumi, tiada berat lagi Ia memelihara langit dan bumi dan Ia maha tinggi dan maha besar."

Sunday, July 05, 2009

SEKADAR RENUNGAN (2)


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Ada tujuh golongan orang yang pada hari kiamat kelak Allah s.w.t tidak sudi melihat mereka dan tidak akan membersihkan mereka dari dosa, bahkan kepada mereka Allah berfirman: "Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang lain yang dimasukkan ke dalamnya"! Tujuh golongan itu ialah :

1) Kaum homoseks.
2) Orang-orang yang melakukan melancap.
3) Orang-orang yang memuaskan hawa nafsunya dengan haiwan.
4) Mereka yang menyetubuhi dubur isterinya.
5) Mereka yang mengahwini perempuan dan anak tirinya.
6) Mereka yang berzina dengan perempuan jirannya.
7) Mereka yang mengganggu tetangganya sehingga ia dikutuk olehnya."

(Diriwayatkan oleh Thabrani).
.

Saturday, July 04, 2009

SURAH AL-KAFIRUN



Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang.

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang yang kafir. Aku tiada akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tiada menyembah Dia yang aku sembah. Dan aku tiada akan menyembah apa yang telah kamu sembah. Dan kamu tiada akan menyembah Dia yang aku sembah. Untukmu agamamu dan untukku agamaku."

SEKADAR RENUNGAN (1)

.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
.
"Sesungguhnya, semua muslimin dan muslimat, semua mu'minin dan mu'minat, semua lelaki dan wanita yang taat (kepada Allah dan Rasulnya), semua lelaki dan wanita jujur dan benar (tidak berdusta), semua lelaki dan wanita yang sabar, semua lelaki dan wanita yang tunduk dan kusyu', semua lelaki dan wanita yang bersedekah (penyantun). semua lelaki dan wanita yang (tekun) berpuasa, semua lelaki dan wanita yang menjaga kehormatan serta kesucian dirinya dan semua lelaki dan wanita yang sentiasa ingat dan banyak menyebut nama (Allah). Bagi mereka semua Allah telah menyediakan keampunan dan pahala sebesar-besarnya."- (Surah Al-Ahzab:35)
.

AYAT SERIBU DINAR

Yang bermaksud:

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
.

SURAH AL-IMRAN AYAT 38

Assalamualaikum...



Yang bermaksud:

"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan.
Ia berkata: Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa.."

(Doa untuk mendapatkan zuriat juga boleh dibaca di dalam Surah Al-Imran Ayat-200
dan Surah Al-Anbia Ayat-89).

Friday, July 03, 2009

SURAH AL-FATIHAH


Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih yang Maha Penyayang.

"Segala puji bagi Allah, Tuhan pemelihara semesta alam. Maha pemurah lagi maha penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami mengabdi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon tolong. Tunjuki kami pada jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat atas mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai dan bukan (jalan) orang-orang yang sesat."
.